Mee Kari Mifzal Arsyad
Inginkan domain sendiri seperti Blog KMA? Apa tunggu lagi! KLIK SINI
Insentif tunai di blog Mama Murai. RM0.03 untuk 1 trafik. Jom kita join :)


hmm…ni menu semalam sebenarnya..rs mengidam lak ibu nak makan mee kari..saja nak try buat..selalunya ibu makan mee kari kat gerai jer..ni nak rasa air tangan sendiri lak buat..sedap ke x sedap…hehe..
Bahan-bahan :-
300 gram Udang
200 gram Kerang (direbus)
1 paket Fish Cake (dipotong dadu)
1 paket Fish Ball (dibelah 4)
75 gram Serbuk Kari
1 paket Mee Kuning (dicelur)
3 biji Bawang Putih (dimayang)
3 Biji Bawang Merah (dimayang)
1 inci Halia (dihiris nipis)
100 gm Taugeh
2 keping Tauhu (digoreng dan potong dadu)
3 biji Telur (direbus)
100 gram Santan
500 ml Air
sedikit Air Asam Jawa
Garam dan Gula secukup rasa
Cili Merah untuk hiasan.
Cara Membuatnya :
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yg sudah dicampur dengan sedikit air. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang dan kerang. Kemudian masukkan air dan santan.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Selepas masukkan fish cake dan fish ball. Kacau sehingga masak.
6. Hidangkan bersama mee kuning, taugeh, tauhu goreng dan cili merah.
Entri Berkaitan:
Menu Semalam Kisah Mifzal Arsyad

sedap ke idak tu? tp nampak cam sedapp…
menyelerekan… meh nk rs sket…
pergh…sedap nye mee kari…bak la sket..
to ai :boleh la kak ai..asben ckp cam rasa kat kedai..ekeke..
to elly : rasalah dr kejauhan..hehe
to ilham hafiy : ko suka makan mee kari ke mama ilham..kalau dekat aku dah hantar kat suh rasa..ekeke..
mkn mee kari ngn tahu goreng yg bulat2 tu..
perghhhh!! lg terangkat.
tapi, kene hati2 sebab ada kuah panas terperangkap kat dlm tahu tu.. hihihi!!!