Blog Cap Ibu, Abah & Anak :D

Imbuhan Kewangan Untuk Rakyat Bergaji Bawah RM3000.00


Inginkan domain sendiri seperti Blog KMA? Apa tunggu lagi! KLIK SINI

Insentif tunai di blog Mama Murai. RM0.03 untuk 1 trafik. Jom kita join :)



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

dalam duk rs duit makin cair (dapat je habis) skang…ni terbaca plak kat Berita Harian pasal, kerajaan nak bagi imbuhan kepada rakyat berpendapatan di bawah paras RM3,000 sebulan. dengarnya imbuhan dalam bentuk bantuan kewangan…alhamdulillah.jika bagai benar dikata..sekurang2nya meringankan beban rakyat yg gaji ciput ni..huhu

IPOH: Rakyat berpendapatan di bawah paras RM3,000 sebulan bakal mendapat bantuan kewangan dalam Belanjawan 2012 berikutan peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini, sekali gus meringankan beban terpaksa ditanggung mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sedang menjalankan kajian berhubung perkara itu, termasuk menyediakan mekanisme sebagai panduan untuk kerajaan membantu golongan berkenaan.
“Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tidak langsung membebankan rakyat berpendapatan rendah. Justeru, kerajaan sedang menjalankan kajian bagaimana boleh membantu golongan ini, dengan hasil kajian itu akan digunakan sebagai panduan untuk dimasukkan dalam Bajet 2012.
“PEMANDU diberi tanggungjawab mengenal pasti beberapa pilihan bantuan yang boleh diguna pakai dan laporannya akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diperinci,” katanya selepas menyampaikan bantuan Teman 1AZAM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Aidilfitri bagi kawasan Parlimen Tambun, di sini, semalam.

Seramai 688 penduduk menerima bantuan barangan makanan, wang tunai dan peralatan membantu perniagaan bernilai RM680,000.

Beliau berkata, PEMANDU sedang memperincikan kajian itu untuk dirumuskan dalam satu pangkalan data menerusi sebuah makmal khusus, malah proses berkenaan dijangka selesai minggu depan untuk tindakan selanjutnya.

“Kajian itu turut membabitkan beberapa aspek penting, termasuk peruntukan diperlukan, sumber peruntukan dan penyampaian inisiatif yang perlu dilaksanakan.
“Ini bertujuan memastikan pembentangan belanjawan nanti dapat dilakukan secara lebih efisyen dan efektif kerana kita tidak mahu apabila diumumkan nanti ia membawa masalah dan hasilnya tidak ke mana,” katanya.

Sumber : Berita Harian

ps: kakitangan awam pun termasuk jugak ke? kami pun rakyat jugak kan..bestnya kalau gaji naik seiring dengan kenaikan harga barang..

Entri Berkaitan:

, , , , , , , , , , , , , , , , ,

11 thoughts on “Imbuhan Kewangan Untuk Rakyat Bergaji Bawah RM3000.00

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Keluarga Mifzal Arsyad™ | Blog Cap Ibu, Abah & Anak :D