Blog Cap Ibu, Abah & Anak :D

Kenyataan Media JAKIM Mengenai Kekeliruan Status Halal Butter Golden Churn


Inginkan domain sendiri seperti Blog KMA? Apa tunggu lagi! KLIK SINI

Insentif tunai di blog Mama Murai. RM0.03 untuk 1 trafik. Jom kita join :)



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

masih lg hangat isu Golden Churn Butter ini..ia lah..halal haram beb…makanan tu..mana boleh pandang ringan kan..so mari kita baca kenyataan media pihak JAKIM mengenai kekeliruan status produk berkenaan

 

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

“Isu Status Halal Golden Churn Butter”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin merujuk kepada tajuk akhbar berkenaan isu status halal Golden Churn Butter.

JAKIM terlebih dahulu ingin menegaskan bahawa sebenarnya isu kekeliruan terhadap perbezaan status halal produk Golden Churn Butter antara JAKIM dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) tidak timbul kerana ujian yang dilakukan oleh JAKIM terhadap produk berkenaan adalah melibatkan sampel daripada pengimport yang berbeza.

Dalam melaksanakan ujian kandungan DNA babi dalam sesuatu produk, beberapa faktor perlu diambil kira seperti nombor kelompok keluaran produk yang diambil, pembungkusan, tempat pengambilan sampel dan faktorfaktor lain yang mungkin berlaku semasa pengeluaran produk berkenaan dikilangkan. Dalam pada itu, faktor kemungkinan berlaku kontaminasi di peringkat-peringkat tertentu juga perlu diambil kira.

Oleh yang demikian, JAKIM ingin memaklumkan bahawa kedua-dua sampel yang diambil oleh JAKIM dan JAIS diambil daripada nombor kelompok dan pembungkusan yang berbeza termasuk perbezaan pengimport dan tempat pengambilan sampel.

Sehubungan itu, walaupun terdapat dua pandangan yang berbeza, Jakim tidak mencanggahi penemuan DNA babi dalam sampel produk berkenaan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Sarawak kerana faktor-faktor yang telah dinyatakan dan umat Islam di Sarawak wajar untuk mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Jabatan Agama Islam Sarawak.

HAJI OTHMAN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
3 Ogos 2011

Sumber : JAKIM

Kenyataan Media JAIS (Jabatan Agama Islam Sarawak) pula as pic bawah ni. KLIK SINI @ Klik pada gambar di bawah untuk paparan lebih jelas.

Manakala ada salah seorang pembaca KMA kongsikan link mengenai penafian pengeluar produk Cutter Golden Churn ni..jom kita baca yg ini pulak..

Golden Churn Certified Halal Butter

It has been brought to my attention that there are false claims about our Golden Churn Certified Halal Butter brand originating from West Malaysia.

I can reassure all our valued customers and consumers that both Ballantyne factories in Australia & New Zealand are Certified Halal by Halal certification authorities for all our butter brands we produce and distribute.

It is important to understand that each delivery of butter out of Australia and New Zealand carries mandatory quality standards from relevant Government Food Authorities including Food Standards Australia New Zealand (FSANZ), the Australian Quarantine and Inspection Service, (AQIS) and the New Zealand Food Safety Authority (NZFSA) in additional to strict Halal certification requirements. We confirm that our Golden Churn butter complies with the requirements of these authorities.

Ballantyne only use high quality milk to make cream that is churned into butter. Ingredients are, Cows Milk, Milk solids (non fat), Moisture and 1.5-2% salt. No other additions, colours or preservatives are permitted. We are seeking legal advice to put an end to these false claims.

I wish to again reassure our loyal customers that these claims are false and our products are of the highest quality and Certified Halal.

Andrew Ballantyne
Executive Chairman
K.L.Ballantyne Pty Ltd

Sumber : Ballantyne

ok..dah baca dah? ibu nak tanya..kalau korang..korang percaya yang mana? JAKIM / JAIS or pengeluar produk? tepuk dada tanya akal & iman…

ps : sebagai pengguna islam mmg wajib kita mencari yang halal..kalau dah ada keraguan..baik x yah la kita beli or guna produk yg statusnya diragui ni..


Entri Berkaitan:

, , , , , , ,

3 thoughts on “Kenyataan Media JAKIM Mengenai Kekeliruan Status Halal Butter Golden Churn

  • fazilzurakil says:

    susah jgk tu … pening2, tp kt msia ni dh melambak2 benda yg HARAM but di kato kan halal .. hish teruk kan ..

  • penggunahalal says:

    tu lah.sebaik produk ni diperiksa dan dicheck.yg kat pasaran sekarang especially yg diimport tu ntah pe2 lagi bahan yg digunakan.sbb tu pihak berkuasa perlu lebih aktif utk menjalankan ujian dan dari sudut peruntukan undang-undang perlu diberikan kuasa yang sepenuhnya kepada pihak berwajib untuk menanganinya.dlm kes camni,saper yg jadik mangsa?umat islam jugak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Keluarga Mifzal Arsyad™ | Blog Cap Ibu, Abah & Anak :D