Blog Cap Ibu, Abah & Anak :D

Serangan Ke Atas Asyraf Haziq Oleh Perusuh Dikutuk Kerajaan Britain


Inginkan domain sendiri seperti Blog KMA? Apa tunggu lagi! KLIK SINI

Insentif tunai di blog Mama Murai. RM0.03 untuk 1 trafik. Jom kita join :)



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

KUALA LUMPUR: Kerajaan Britain melahirkan rasa sedih berhubung insiden yang menimpa seorang penuntut Malaysia yang cedera semasa rusuhan di timur London dan menyampaikan simpati mereka kepada keluarga mangsa.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Ray Kyles, berkata beliau sudah menyampaikan rasa simpati itu dan keprihatinan kerajaan Britain kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, di pejabatnya di Putrajaya.
“Suruhanjaya Tinggi Britain melahirkan rasa terkejut atas serangan ganas dan pengecut ke atas penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli.

“Kami terkejut dengan kecederaan yang dialaminya dan kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai beliau. Suruhanjaya Tinggi juga mengutuk tindakan itu,” katanya kepada pemberita mengenai keadaan terkini di United Kingdom di pejabatnya di sini, hari ini.

Muhammad Asyraf, seorang penuntut jurusan perakaunan tajaan MARA, diserang semalam semasa sedang dalam perjalanan untuk membeli juadah berbuka puasa oleh perusuh yang turut merompak beliau.

Penuntut yang berasal dari Selangor itu mengalami kecederaan di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

Kyles berkata, beliau tidak mempunyai laporan terkini mengenai Muhammad Asyraf dan keadaan di sana tetapi yakin Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sentiasa berhubung dengannya dan status kesihatannya.
“Kita juga tahu Kementerian Luar Malaysia di sini sentiasa berhubung dengan keluarganya dan seperti yang saya katakan kami sudah sampaikan simpati kami kepada keluarganya melalui Kementerian Luar dan kami amat berharap beliau lekas sembuh,” katanya.

Baca selanjutnya KLIK SINI

Sumber : Berita Harian

ps : hmmm…benda dah jd..bukan leh undur balik..harap Kerajaan Britain mengenal pasti perusuh yg bertanggungjawab dan dibawa ke muka pengadilan. mmg teruk mengambil kesempatan merompok, menyamun dan mencederakan org yang x bersalah…korang marah kerajaan korang..apa pasal g serang rakyat negara lain plak yg x buat salah apa2… 

Entri Berkaitan:

, , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Keluarga Mifzal Arsyad™ | Blog Cap Ibu, Abah & Anak :D