Taufan Talas Melanda Barat Jepun
Inginkan domain sendiri seperti Blog KMA? Apa tunggu lagi! KLIK SINI
Insentif tunai di blog Mama Murai. RM0.03 untuk 1 trafik. Jom kita join :)


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Ngeri tgk gambar taufan talas yg membadai barat Negara Jepun kat Facebook Berita Harian.
20 maut, 50 hilang Taufan Talas landa barat Jepun
2011/09/05
TOKYO: Taufan yang melanda barat Jepun semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala lebih 50 lagi dilaporkan hilang.
Sungai yang dilimpahi air menyebabkan bangunan dan rumah dibawa arus akibat tanah runtuh.
Seorang daripada mangsa lemas selepas banjir menghanyutkan keretanya dengan kawasan ditimpa taufan ibarat tragedi tsunami yang melanda negara itu 11 Mac lalu.Turut dilaporkan ribuan orang ramai kini kehilangan tempat kediaman akibat taufan berkenaan.
Taufan Talas yang membadai kelmarin adalah antara taufan yang membawa kemusnahan dan angka kematian yang tinggi sejak beberapa tahun lalu dengan membawa angin kencang sehingga 108 kilometer sejam melanda Pulau Shikoku dan Honshu.
Kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas kecemasan bagi menangani keperluan mangsa yang kebanyakannya rumah mereka roboh akibat ditimpa tanah runtuh. – AFP
Sumber : Berita Harian
ps : mujur lah Malaysia ni jauh sket dari kawasan bencana alam tp kalau banyak sangat benda lagha x dibendung..x mustahil bala akan turun..dunia akhir zaman ni..semoga Allah SWT melindungi kita semua
Entri Berkaitan:
Kad Perkahwinan Nabil Raja Lawak & Nazira (2 Oktober 2011) Jadual Tentatif Pengeluaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN Kepada Pelajar Lama IPTA/Politeknik Bagi Semester 1 Sesi 2011/2012

